Rabu, 21 November 2012

TAHUN BARU HIJRAH

mmm..dah pun masuk tahun baru Hijrah 1434..Khamis..15 November ritu bersamaan 1 Muharam ...kebetulan cuti...aku kat KL..disebabkan xde ape2...aku g mengurut dengan adik aku kat satu tempat tu...kami dapat voucher free...xkan nak lepaskan peluang kan...3 jam kami bersantai di situ...puaslah berurut bersauna bagai...seronok gak sesekali memanjakan diri camtu...

Moga bermulanya tahun baru ni akan merubah segalanya...yang lepas biarlah berlalu...jadikan semua itu sebagai kenangan...moga akan datang ada sinaran baru di tahun baru ni...Insyaallah...

Doa Akhir Tahun Hijrah 1433 Hijriah

  • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Akhir Tahun Hijrah Doa Akhir Tahun Doa Awal Tahun Hijrah 1434H

Doa Awal Tahun Hijrah 1434 Hijriah

  • Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram 1434 (Hari Rabu malam Khamis).
  • Barangsiapa membaca doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Doa Awal Tahun Hijrah Doa Akhir Tahun Doa Awal Tahun Hijrah 1434H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan