Pagi2 ni dalam emel aku ...aku terjumpa perkataan baru "ISTISQA'"..1st time terjumpa perkataan ni...x tahu maksudnya...bila google rupanya SOLAT SUNAT MINTA HUJAN...ye la dalam keadaan cuaca panas tanpa hujan.. terbakar di sana sini...moga dengan solat ini dengan izinNYA turunlah hujan... InsyAllah...
Kemarau yang berpanjangan adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita semua manusia ingat kepada NYA. Kita manusia adalah umat yang lemah dan sering leka. Untuk memastikan kita sentiasa dilandasan yang benar, kadang kala Allah turunkan ujian supaya kita muhasabah diri.
Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)
Cara yang terbaik untuk menghadapi ujian Allah ialah dengan kembali merujuk kepada NYA dan memohon supaya ujian tersebut segera berakhir. Dan untuk menghadapi kemarau yang berpanjangan Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) adalah salah satu cara untuk kita memohon kepada Allah.
Istisqa dalam bahasa adalah meminta turun hujan. Secara istilah ia bermaksud meminta kepada Allah SWT agar menurunkan hujan dengan cara tertentu ketika kita benar-benar memerlukannya. Hukum shalat Istisqa adalah sunnah muakkad bagi mereka yang terkena musibah.
Adab Solat Istisqa'
Semua orang yang hendak menunaikan solat Istisqa' digalakkan berpuasa selama 3 hari, bersedekah dan bertaubat. Namun ia sekadar galakan bukan satu kemestian.Pada hari keempat mereka akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'.
Cara Solat Istisqa
Ia dilakukan secara berjamaah. Tiada azan mahupun iqamah. Rakaat pertama membaca Surah A'la selepas Surah Al-Fatihah. Rakaat kedua membaca Surah Al-Ghasyiah. Bacaan ini dibaca dengan kuat seperti Solat Jumaat.Niat Solat Istisqa
أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan